AEPUL ROZA PIKAT HATI PENONTON DENGAN PERSEMBAHAN YANG SWEET HABIS. #THSS - MINGGU KE 5 'ILUSI LED'

 


Sepanjang beberapa minggu The Hardest Singing Show beraksi sejak 12 Mei yang lalu, kita sebagai penonton sudah menyaksikan beberapa 'Hardest Moment' serta kreativiti yang sudah pun dipersembahkan oleh para selebriti kita. Ada yang tercedera, ada yang sahut cabaran walaupun pertama kali, ada yang semakin mendapat rentak, ada yang konsisten, ada yang mengundur diri dan minggu lepas kita dapat menyaksikan penyingkiran Kaka Azraff.
 
Di CIDB Cheras inilah pelbagai aksi telahpun ditonjolkan oleh para peserta kita, antaranya Aisha Retno, Stacy, Zizi Kirana, Putera Muhammad, DeFam, Datin Alyah (undur diri), Kaka Azraff (tersingkir), Ayda Jebat dan juga Aepul Roza. Dan setelah minggu ke-5 inilah, ada antara peserta selebriti kita yang sudah mendapat rentak dan motif rancangan ini. Namun begitu masih ada yang tercari-cari kreativiti mereka untuk menang dalam pertandingan ini.
  
Pada minggu ke 5 ini, Tema yang diberikan untuk peserta ialah 'ILUSI LED'. Jujur selepas persembahan DeFam, Kami sebagai penonton agak risau akan hala tuju tema ini, Ilusi LED ini luas, dan andai tersilap langkah semestinya persembahan itu tidak akan mencapai ekspektasi juri. Kebetulan pula, Juri Jemputan pada malam itu adalah Datuk Yusry Abdul Halim, seorang pengarah yang terkenal dengan trademark efek CGI dan grafik. Semestinya ini akan menambahkan lagi kesulitan dan rasa gugup peserta.


Terus terang sehingga kini, persembahan Aepul Roza atau Nama sebenarnya Noor Syaiful Bin Mohd Zalaludin masih meninggalkan kesan. Rata-rata semua masih mengingati persembahan ini. Walaupun beliau mengakui di akbar portal Kosmo beliau meminjam idea dari persembahan Naim Daniel di Ajl akibat kengkangan masa dan faktor faktor lain, namun begitu hanya busana dan solekan Aepul Roza sahaja bagi pendapat kami sama seperti Naim Daniel. Apa yang boleh kami katakan, Aepul Roza faham akan tugasan dan tema. Sama seperti minggu minggu sebelum ini juga, Aepul memahami tema tugasan mingguan dan beliau cuba menyampaikan kreativiti beliau tanpa terlalu melebih lebih dan mencuba.  

Apa yang lebih menarik hati penonton ialah Aepul membawa kita masuk dan mengimbau kisah cintanya dengan Isterinya. Bagaimana kepayahan dan usaha Aepul untuk memperisterikan Leez Rosli di paparkan di skrin. Bukan hanya muncul di skrin malah Aepul seakan berinteraksi dengan skrin menyebabkan kita juga fokus menyaksikan perjalanan kisah cintanya di layar. Pada pendapat kami, inilah persembahan yang menepati tema. 

Mendendangkan lagu popular "Surat Cinta untuk Starla" yang dipopularkan oleh Virgoun, Aepul bukan sahaja memberikan persembahan sweet namun beliau turut juga menampilkan Leez Rosli, Isterinya di pentas sebegai penutup persembahan. Ternyata persembahan ini melayakkan Aepul Roza untuk mendapat markah tertinggi sekaligus menjadi juara mingguan malam itu. Selain daripada Aepul Roza, Stacy juga membawakan persembahan yang agak sentimental dimana Stacy membuat persembahan yang mengaitkan hubungan adik beradik antara dia dan mendiang abangnya Chaq Anam. Cumanya bagi pendapat kami, jika Chaq dimunculkan diskrin seakan hologram atau ada video tarian bersama itu lebih baik dan lebih memberi impak. 


Walaupun lagu persembahan stacy adalah Pagi yang Gelap dari kumpulan Hujan, tetapi Stacy mengolah lagu itu menjadi sangat peribadi ibarat itu adalah lagunya sendiri. Persembahan Putera Muhammad juga tidak kurang hebatnya. Membawa jalan cerita 'Ninja' dalam persembahan menerusi lagu Pria Terhebat, membuahkan hasil apabila Putera diangkat sebagai top3 pada malam itu. 

Stacy juga memenangi Anugerah Pilihan Alha Alfa untuk kali keempat dan membawa pulang RM3000.00. Permarkahan pada malam itu pula, Aepul Roza mendapat 90.53 %, diikuti Stacy 84.17 %, Putera Muhammad 83.21, DeFam 81.75%, Aisha Retno 81.18%, Ayda Jebat 78.10 %, dan Zizi Zirana 67.30%.  Tiada penyingkiran yang berlaku pada malam minggu ke 5 ini. Rancangan yang disiarkan pada setiap hari Ahad jam 9 malam dengan menampilkan Nabil Ahmad dan Rina Nose sebagai pengacara ini adalah sebuah rancangan terbaru Astro. Juri Tetap setiap minggu pula adalah Edry Abdul Halim, Dato' Seri Rossa, dan Zizan Razak. 



REVIU OLEH @SHEILAKYUCHANG

Catat Ulasan

0 Ulasan