Bagi peminat filem, minggu ini menjanjikan deretan 10 judul terbaharu yang sudah bersedia menghiasi pawagam seluruh negara. Pelbagai genre tampil memeriahkan layar, daripada aksi mendebarkan, drama penuh emosi, kisah seram yang menggugat jiwa hinggalah fantasi yang mempesonakan sekali gus memastikan anda tidak berganjak dari ruang sinema berdekatan.
Antara judul yang menjadi tumpuan termasuk Air Mata Di Ujung Sajadah 2, Jujutsu Kaizen: Zero Revival, Menjelang Magrib 2, One In A Mill10N, Pencarian Terakhir, Shutter, Sisu: Road To Revenge, Three Kingdoms: Starlit Heroes serta Wicked: For Food.
Tidak ketinggalan, sebuah karya tempatan sarat aksi, Penghukum: Nusantara Assassin turut mencuri perhatian kerana naskhah ini disifatkan sebagai sebuah karya yang cukup ‘luar biasa’ dalam landskap perfileman tempatan.
Menariknya, minggu ini turut menyaksikan empat karya Indonesia mendominasi carta tayangan di Malaysia, sekali gus membuktikan kekuatan sinema negara jiran dalam mempengaruhi selera tontonan penonton tempatan. Antara judul tersebut ialah Air Mata Di Ujung Sajadah 2, Menjelang Magrib 2, Pencarian Terakhir dan Shutter. Daripada keempat-empat ini, penulis meletakkan Menjelang Magrib 2 dan Shutter sebagai pilihan utama untuk kategori “wajib tonton” minggu ini.
Dengan pilihan tayangan yang begitu melimpah, ini masa terbaik untuk merancang hujung minggu anda di pawagam. Filem mana yang menjadi pilihan pertama anda minggu ini? 🎬🔥
Untuk menonton semua trailer filem ini sila ke ruang kanan laman portal ini, Sinema Asia.



0 Ulasan