Akademi Filem Malaysia.... dalam kenangan


Akademi Filem Malaysia (AFM) ditubuhkan di bawah akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), yang terletak di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang kini hanya tinggal kenangan serta sejarahnya yang tersendiri. AFM telah melahirkan ramai graduan-graduannya yang kini terlibat di dalam industri hiburan dan perfileman tempatan, di antaranya ialah Osman Ali, Raja Mukhriz, Soffi Jikan, Bront Palare, Alfie Palermo, Moon Munasar dan ramai lagi. Nama AFM kini hanya tinggal kenangan yang mungkin tidak akan dapat di lupakan hingga akhir hayat oleh sesiapapun yang pernah menjejakkan kaki ke AFM, dan jika ditanya 'semua itu hanya tinggal kenangan yang mungkin tidak akan berulang lagi'.

Sebut sahaja sejarah dan kenangan manis di AFM, teringat saya akan masa saya menuntut di AFM terutamanya bagi subjek Solekan Filem. Inilah di antara gambar-gambar yang terpilih semasa kami menuntut di AFM. Terima kasih buat semua tenaga pengajar kami yang menjadikan kami benar-benar berani dalam industri hiburan dan perfileman tempatan.

AMY IKRAM DI SOLEK JADI WARGA TUA?


MAKE-UP EFFECT...

Bagi sesiapa yang namanya tak tersenarai di atas, khabar-khabarkanlah di kolum ini ya... Untuk makluman anda, graduan terakhir AFM kini adalah graduan ASWARA, yang filem-filem pendeknya berjaya di hasilkan, antaranya 'comolot, satu, burp, aman, 1963, kalsom, idiot, bathosai dan banyak lagi'. Yang tidak tersenarai tu, maafkanlah ye.

p/s: to saiful nizam, cukuplah tue... aku dah bosan.. hahaha

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Pembetulan:

Akademi Filem Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dengan Lembaga Pengarah yang tersendiri (Tan Sri Jins, Tan Sri L Krishnan, Ali Bakar, Othman Hafsham). Cuma mulai 2000, FINAS terlibat membantu pengurusan AFM. Tahun 2005/6 pelajar AFM diminta ke ASK kerana KEKWA.
AFM masih ada kerana ianya bukan FINAS. Sila semak dengan ROC, Bangunan AFM yang FINAS gunakan pun di Wangsa Melawati adalah milik AFM.