Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu dalam program realiti hiburan, Talk To My Manager 2 (TTMM2) berakhir apabila tersingkir pada minggu keenam pertandingan yang berlangsung malam tadi.
Membawakan tema Dua Tiga Kucing Berlari, persembahan duet menerusi lagu Oh! Carol bersama Chubb-E gagal memikat hati barisan juri sekali gus menamatkan saingan mereka dalam program berkenaan.
Turut berada dalam kelompok tiga terbawah minggu ini ialah pasangan Ani Mayuni dan Viviana serta Safura dan Kim Khairii.
Dalam pada itu, pasangan selebriti Adira dan Anggrek berjaya merangkul Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie minggu keenam yang melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM2,000 berserta hamper tajaan Eskayvie.
Sementara itu, gelaran Manager Paling Perform (MPP) menjadi milik Jamilulhayat dan Hussain selepas tampil cemerlang menerusi persembahan mereka.
Musim kedua TTMM2 menyaksikan persaingan sengit membabitkan barisan selebriti terkenal antaranya Adira dan Anggrek, Ani Mayuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva serta Dato’ Fazley bersama Fariedz Fazley.
Program itu turut menampilkan gandingan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Ammara serta Safura dan Kim Khairii.
TTMM2 dikendalikan pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi, manakala Cik Puan Sarimah Ibrahim dan Dato' AC Mizal bertindak sebagai juri tetap.
Setiap pasangan pengurus dan artis dinilai berdasarkan pecahan markah sebanyak 60 peratus untuk pengurus, manakala 40 peratus lagi diberikan kepada artis.
Talk To My Manager 2 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Program itu juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.
Layari Instagram dan TikTok rasmi Wajib Tonton untuk pelbagai video menarik serta kandungan hiburan terkini.
%202026%20WAJIB%20TONTON%20POSTING%20(93).png)




0 Ulasan